Tak dapat 8A Dalam Peperiksaan SPM, Si Ibu Koyak Slip Keputusan Anaknya..

Trending

Tak dapat 8A Dalam Peperiksaan SPM, Si Ibu Koyak Slip Keputusan Anaknya..

Dari semalam saya berada dalam mode sedih dan kecewa, semua gara-gara ini. Sudahlah ada ramai ibu bapa anak-anak kelas belakang ini tidak hadir dengan alasan result si anak hanya memalukan dan menyakitkan hati sehingga anak-anak ini call dan WhatsApp saya supaya hadir temankan mereka ambil result.

Advertisement

Dan bila mendapat slip SPM, mereka tak berani buka dan serahkan kepada saya untuk melihatnya.

Bila saya kata, “Tahniah sayang, awak lulus. Layak mendapat sijil”

Gembiranya mereka sampai melompat dan memeluk saya. Malah ada yang menangis kerana tidak menyangka mereka boleh lulus. Ada juga yang BI dan Sains mendapat A, tetapi subjek-subjek lain hanya mendapat C, D dan E.

Tetapi sorakan kegembiraan mereka hilang tatkala slip SPM ini sampai ke tangan ibu bapa mereka kerana slip mereka itu dikoyakkan.

Seolah-olah tidak bernilai apa-apa, sedangkan dengan keputusan itu si anak itu boleh diusahakan masuk ke mana-mana kursus kemahiran mengikut minat si anak.

Pesan saya, beringatlah, anak yang anda koyakkan slip SPMnya saat ini mungkin akan menjadi anak yang akan menjaga anda di saat anda tidak berdaya. Mungkin juga anak itu akan basuh berak kencing anda sewaktu anda sudah terlalu tua dan uzur kelak.

Kita berusaha menjadikan anak kita yang terbaik, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Kredit : Nur Farina Abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...