Penampilan kumpulan wanita baru, The Sara Sisters menjadi bualan ramai apabila mereka berani tampil dengan cara pemakaian yang agak terdedah serta seksi.
Biarpun berpakaian sedemikian, kumpulan baru yang terdiri daripada empat orang adik beradik itu berpendapat bahawa ‘seksi’ merupakan sesuatu perkara yang subjektif.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, mereka juga mengakui sudah berpenampilan seperti itu sejak dahulu lagi dan ia bukan kerana ‘kejutan budaya’ setelah memasuki dunia hiburan.
Kami sejak dulu memang macam ni. Bukan ‘culture shock’. As long kami jadi diri sendiri.
Apabila ditanya oleh pihak Media Hiburan reaksi mereka ketika dikecam netizen, The Sara Sisters lebih senang mengambil hal itu dari sudut positif agar dapat perbaiki diri jadi lebih baik.
Tambahannya lagi, mereka sedar ramai yang menghentam dengan berkata mereka berempat hanya menjual muka berbanding bakat. Tetapi kumpulan ini mengambil kritikan tersebut sebagai semangat untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa The Sara Sisters berbakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.