Tak Cukup Tunai Bayar Gaji, Punca Juruterbang Rayani Air Mogok

Trending

Tak Cukup Tunai Bayar Gaji, Punca Juruterbang Rayani Air Mogok

rayani-air

Mogok yang dilakukan oleh juruterbang-juruterbang Rayani Air didakwa berpunca ekoran mereka tidak mendapat gaji sejak tiga bulan lalu.

Advertisement

Laman portal Malaysiagazzette melaporkan, syarikat penerbangan swasta terbabit mengalami masalah kewangan hingga memberikan kesan terhadap pembayaran gaji,menurut sumber FMT.

“Rayani Air tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk beroperasi sehingga menjejaskan gaji juruterbang syarikat itu,” kata sumber dalaman syarikat penerbangan berkenaan kepada laman portal itu.

Semalam, dalam satu notis dalaman, pengasas Rayani Air, Ravi Alagendrra memaklumkan operasi syarikat itu digantung sementara berkuatkuasa kelmarin bagi pelan penstrukturan semula syarikat.

Notis ringkas itu juga memaklumkan semua bayaran balik tempahan penumpang dan sebarang pertanyaan diminta dikemukakan kepada [email protected] atau pusat panggilan ditalian 603-27214925.

Rayani Air mendapat perhatian apabila para penumpang melahirkan rasa tidak puas hati kerana kerap kali menangguh atau membatalkan penerbangan.

Pada kejadian awal Februari lalu, sebuah pesawat Rayani Air terkandas di Langkawi selepas cermin kokpit retak mengakibatkan 200 penumpang terkandas.

Ekoran insiden itu, Rayani Air melakukan siasatan bagi memastikan sama ada pesawat berkenaan disabotaj atau sebaliknya kerana pesawat Boeing 737 itu disahkan tidak mengalami masalah teknikal sebelum itu.

Difahamkan juga keputusan untuk menggantung operasi dibuat oleh pengurusan Rayani Air sendiri dan ia tidak ada kaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Jabatan Penerbangan Awam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...