Tak Cukup Masa Nak Jaga Kulit Muka? Amalkan Je 7 Benda Mudah Ini Untuk Kulit Berseri-Seri Bak Puteri

Hiburan

Tak Cukup Masa Nak Jaga Kulit Muka? Amalkan Je 7 Benda Mudah Ini Untuk Kulit Berseri-Seri Bak Puteri

Kulit muka yang cantik berseri-seri dan bersinar-sinar bak puteri raja adalah idaman setiap orang. Tak kira la lelaki ke perempuan ke, semua orang kalau boleh nak dapatkan kulit wajah yang sempurna. Namun masalahnya ramai yang pemalas dan tak cukup masa (termasuklah Abang Nara) untuk membuat penjagaan kulit muka yang rapi. Nak kena pakai mask sebelum tidurlah, nak kena potong buah tomato letak kat mata lah, nak kena amik cuti half day buat facial setiap bulan dan macam-macam lagilah. Niat di hati memang ada nak ‘glowing’kan kulit, tapi sayangnya masa tak mengizinkan.

Advertisement

Tapi korang jangan risau jangan cuak jangan gelabah. Kecantikan kulit muka adalah hak milik setiap insan. Untuk orang-orang ‘pemalas’ dan dan terlalu sibuk sampai tak ada masa nak jaga kulit muka, ada beberapa amalan mudah untuk korang praktikkan bagi mendapatkan kulit yang bersinar-sinar. Senang gila-gila benda-benda ini. Kalau ini pun korang tak boleh buat, memang Abang Nara tak tahu nak cakap apa.

1. Tukar sarung bantal seminggu sekali

Bantal busuk memang sedap dibawa tidur, namun makin busuk bantal tersebut, bermaksud makin banyak bakteria yang ada padanya. Apabila kita tidur di bantal yang berbakteria, itu yang muka kita bangun-bangun pagi je dah ada jerawat seketul. Sebab itulah kita perlu tukar sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bantal bersih, muka pun confirm bersih. Tak percaya kenalah cuba. Pasti akan ada perubahan yang ketara.

vitagen kolagen kurang gula

2. “Sanitize”kan telefon anda

vitagen kolagen kurang gula

Tahukah anda bahawa telefon kita mempunyai jumlah bakteria 18 kali ganda daripada tandas awam? Itu yang kita selalu demam, selsema, tumbuh jerawat serta ruam di muka dan sebagainya. Sebab itulah kita perlu “sanitize”kan telefon kita. Caranya senang sahaja. Letakkan alcohol yang telah dicairkan ke dalam sebuah botol dan semburkannya ke kain microfiber. Lepas itu lapkan kain tersebut ke seluruh telefon anda secara lembut. Masa terbaik untuk “sanitize”kan telefon adalah sebelum kita tidur. Esok pagi boleh guna tanpa sebarang bakteria padanya.

3. Melakukan yoga muka

vitagen kolagen kurang gula

Ha jangan ingat yoga untuk melenturkan tubuh badan sahaja. Yoga untuk muka pun ada sebenarnya. Yoga muka ini memang sangat bagus untuk melembutkan, menambahkan keelastikan dan menguatkan otot wajah. Muka anda confirm akan nampak lebih segar, lebih muda, dan bersinar selepas mengamalkan yoga muka ini.

4. Pakai sunscreen sebelum keluar rumah

vitagen kolagen kurang gula

Sekarang ini cuaca di Malaysia memang tengah sangat-sangat panas. Kalau anda tak pakai sunscreen, memang kulit anda akan terbakar. Sebelum keluar rumah tue, calit dulu sunscreen kat muka. Nak lagi efektif letakkan sunscreen tersebut dalam beg anda. Selang 3,4 jam calit kat muka. At least muka ada terjaga daripada sinaran UV matahari.


5. Jangan mandi pakai air panas

vitagen kolagen kurang gula

Mandi guna air panas memang menyegarkan, lebih-lebih lagi waktu pagi sebelum pergi kerja. Namun berdasarkan kajian oleh pakar kulit seantero dunia, air panas tidak bagus untuk kesihatan kulit anda. Suhu terbaik air untuk mandi ialah 28 darjah celcius.

6. Kurangkan/berhenti minum air bergula

vitagen kolagen kurang gula

Malaysia adalah syurga makanan dan juga minuman. Air minuman kita macam-macam ada. Teh tarik, teh o panas, milo ais, cendol, air mata kucing dan banyaklah lagi. Sebut je memang terliur dibuatnya. Namun untuk mendapatkan kulit bersinar-sinar idaman, anda perlu kurangkan meminum air bergula ini. Lagi bagus kalau berhenti terus. Confirm dalam masa 2 minggu akan nampak perubahan yang ketara.

7. Minum VITAGEN Kolagen Kurang Gula

Vitagen_Intensive_Collagen_Campaign_Article-01

Selalu bila sebut VITAGEN, mesti anda fikirkan ia adalah untuk kanak-kanak sahaja. Tak dinafikan ia adalah salah satu minuman kegemaran anak-anak Abang Nara. Akan tetapi VITAGEN juga sesuai untuk diminum oleh orang dewasa. Abang Nara hari ini nak cakap tentang VITAGEN Kolagen Kurang Gula, yang bukan sahaja baik untuk penghadaman malah dirumus khas untuk kulit yang cantik berseri dan anjal.

Korang mesti pernah dengar kata-kata “kecantikan itu bermula daripada dalam” kan? Sekiranya sistem penghadaman kita sihat, kulit kita akan jadi cantik, berseri dan glowing, VITAGEN Kolagen Kurang Gula ini membantu sistem penghadaman kerana ia mengandungi berbillion kultur hidup dan aktif Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei. Apa yang melengkapkan minuman susu kultur ini, ialah kandungan 500mg peptida kolagen kehidupan lautnya yang meningkatkan kekenyalan kulit. Ha, amalkan meminum VITAGEN Kolagen Kurang Gula untuk mendapatkan khasiatnya yang menjadikan kulit kita lebih anjal dan kelihatan lebih muda.

Paling best tentang VITAGEN Kolagen Kurang Gula ini ialah betapa senangnya untuk korang mengamalkan pengambilannya berbanding rutin penjagaan kulit anda. Cuma perlu cucuk straw dan sedut je. Setel!!! Tak payah nak masuk bilik air, bilas muka, buang makeup dulu or sebagainya. Bila-bila masa, di mana-mana boleh minum je terus. Lagi best kalau minum time panas-panas nie. Dahaga pun hilang, kulit pun nampak lagi cantik. Memang kombinasi yang perfect!!!
vitagen kolagen kurang gula

Itu sahaja beberapa tips mudah daripada Abang Nara untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri. Senang je kan? Kalau tak dapat amalkan ketujuh-tujuh tips ini, cuba 3,4 tips pun dah ok. Mesti korang nampak kesannya. Tapi yang pasti jangan lupa cuba minum Vitagen Kolagen Kurang Gula tue. Mudah, senang dan sangat efektif untuk mendapatkan kulit wajah idaman. Maklumat lanjut boleh layari http://www.vitagen.com.my/products/collagen.html.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...