Selepas serbuan pihak berkuasa terhadap aktiviti ulat gambar baru-baru ini, kini fenomena sama dilaporkan berpindah ke lokasi ikonik lain di ibu kota, termasuk Saloma Bridge, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, @turis.sesat, yang mendakwa suasana di kawasan tarikan pelancong itu kini semakin tidak terkawal akibat kehadiran kumpulan jurufoto jalanan tidak berlesen yang menguasai beberapa lokasi bergambar popular.
Menurutnya, dia ke Saloma Bridge untuk mengambil gambar dan video bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, namun terganggu apabila ‘geng ulat gambar’ berkenaan mencampuri urusan penggambaran tanpa kebenaran.
Mereka dah kuasai beberapa tempat cantik untuk penggambaran. Sesiapa yang tak ambil servis dengan mereka terus dihalau, seolah-olah lokasi tu mereka yang punya.
Tambahnya lagi, ada pelancong yang kecewa kerana tidak dapat merakam gambar di lokasi menarik akibat diganggu kumpulan terbabit. Situasi ini menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan utama.
Desak Tindakan Tegas Pihak Berkuasa
Susulan insiden itu, beliau menyeru pihak polis dan DBKL supaya memperketat pemantauan di dua lokasi ikonik negara KLCC dan Saloma Bridge bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengunjung terjamin.
@travelwithbilal94 You won’t find a better place in Kuala Lumpur City Center than Saloma bridge for amazing photos? Recommended place for Amazing Photoghraphy in KL At Saloma Bridge? . . . . . #kualalumpur #streetphotography #travelmalaysia #travelwithbilal94 #creatorsearchinsights
Katanya, jika isu ini tidak dibendung segera, ia boleh mencalarkan imej Malaysia di mata dunia seperti insiden di Semporna, apabila pelancong luar memuat naik video ulasan negatif berhubung keadaan kawasan yang kotor dan tidak terurus.
Antara kebimbangan utama orang ramai adalah kemungkinan kumpulan ulat gambar bertindak kasar terhadap sesiapa yang enggan menggunakan khidmat mereka.
Fenomena ini bukan sahaja mencetuskan rasa tidak selamat, malah mengancam reputasi Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong — sesuatu yang amat penting menjelang kempen Visit Malaysia Year 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.