Written by Irsa | November 18th, 2019

Siapa dalam Malaysia ini yang tak kenal dengan pelakon merangkap usahawan hebat iaitu Neelofa? Dahlah cantik menawan, lepas itu pandai berniaga pula. Memang menjadi idola para wanita dalam negara ini.

Umum mengetahui bahawa Neelofa sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan menerusi rangkaian hijabnya iaitu ‘Naelofar’. Boleh dikatakan ramai yang mempunyai hijab keluarannya dan rata-rata koleksi baru yang dihasilkannya pasti terjual laris.

neelofa

Ingatkan Neelofa akan fokus kepada perniagaan hijabnya sahaja, rupanya wanita ini masih ada lagi perniagaan yang ingin diterokainya. Baru-baru ini, dia telah mendedahkan produk terbaru keluarannya iaitu susu pisang yang diberi nama ‘Nilofa’.

neelofa keluarkan produk susu pisang nilofa

Semua mengetahui bahawa susu pisang mula popular kerana dijual di serata Korea. Kalau melancong ke negara K-Pop itu, tak sah kalau tak beli dan bawa pulang ke Malaysia. Rasa lemak-lemak manisnya itu menjadi kegilaan ramai!

neelofa keluarkan produk susu pisang nilofa

Walaupun belum diumumkan tarikh pengeluaran serta harganya lagi, sudah ramai yang teruja ingin mencubanya. Ada yang menceritakan bahawa sudah ramai berpusu-pusu mendaftar menjadi stokis produk itu apabila dibuka pendaftarannya. Wow!

Tak kurang juga, ada netizen yang puji Neelofa kerana sentiasa mengkaji kehendak pengguna sebelum mengeluarkan sesuatu produk.

Siap ada yang keliru sama ada susu pisang itu adalah sunscreen kerana packagingnya!

neelofa keluarkan produk susu pisang nilofa

neelofa keluarkan produk susu pisang nilofa

Hebat betul wanita ini! Sentiasa berdiri tinggi dengan idea yang baru dan inovatif!

Sumber: Twitter

21 responses to Tak Cukup Dengan Tudung, Neelofa Kini Jual Susu Pisang Jenama ‘Nilofa’ Pula!

  1. Anonymous says:

    takutnye bila baca…lau fitnah dah jadi dosa….stll tak move on lagi ke peminat lopa….cr ayt cm sakit hati lg jer….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini