Semalam, tular isu mengenai seorang wanita menangkap suaminya berlaku curang selepas menemani skandal ke sebuah klinik kesihatan di Kajang untuk mengambil ubat kencing manis.
AdvertisementView on Threads
Ramai meluahkan rasa puas apabila melihat wanita berkenaan menampar suaminya beberapa kali selepas perbuatan curang berjaya ditangkap, malah skandalnya juga turut diserang oleh si isteri.
Biarpun ramai meluahkan rasa ‘gembira’ melihat lelaki berkenaan diperlakukan sedemikian, terdapat seorang individu di Threads mempunyai pandangan yang berbeza.
Individu tersebut tampil menegur tindakan isteri yang dianggap terlalu kasar terhadap suami, bahkan sempat mengatakan wanita itu tidak akan dapat mencium bau syurga jika lelaki terbabit tidak memaafkannya.
Dalam pada masa yang sama, individu tersebut turut menegur netizen untuk mendengar penjelasan daripada pihak suami juga sebelum membuat andaian sendiri.