“Tak Check Betul-Betul..” – Bayi Lelaki Tapi Tulis ‘Binti’ Gara-Gara Pegawai JPN Silap Daftar Nama

Kehidupan

“Tak Check Betul-Betul..” –  Bayi Lelaki Tapi Tulis ‘Binti’ Gara-Gara Pegawai JPN Silap Daftar Nama

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa untuk mendaftar anak yang baru lahir dengan nama yang baik di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan isu-isu berkaitan warganegara di kemudian hari.

Menurut satu perkongsian seorang wanita ini di Twitter, dia ada bercerita mengenai kisah anak saudara lelakinya yang telah didaftarkan dengan ‘binti’ dan bukannya ‘bin’ seperti kebiasaanya.

Advertisement

Tulisnya dalam untaian Twit itu, anak saudaranya bernama Danial dan dilahirkan pada 2 April yang lalu.

Namun, sijil kelahiran yang diterima pada awal minggu ini mempunyai kesilapan dipercayai kerana pegawai yang mengambil dan mengisi nama bayi lelaki itu telah tersilap ‘key in’  ketika proses pendaftaran dilakukan.

Namun begitu, kisah terebut menjadi pertikaian warga maya kerana ada yang berpendapat bahawa kesilapan itu tidak patut terjadi kerana proses pendaftaran nama anak adalah melibatkan kedua-dua pihak.

TwitterSumber : Twitter  

Tak periksa sebelum hantar, diorang akan minta pengesahan dari wakil keluarga untuk doubel, triple check. jadi tak boleh nak salahkan satu pihak je. Diorang nak daftar bukan untuk anak saudara awak je, ramai lagi.

Namun, wanita tersebut membidas persoalan-persoalan netizen dan mendakwa bahawa ia sememangnya salah pegawai yang bertugas kerana pada awalnya sudah terdapat kesilapan pada ejaan nama.

Difahamkan, ibu bapa kepada bayi lelaki itu telah ke JPN semula bagi menyelesaikan isu berbangkit meskipun banyak prosedur yang perlu dilakukan.

Tak apalah, benda dah selesai kan!

lelaki iklan pelitup muka
2 years ago

(VIDEO) "Angkat Kuali Pun Boleh!" - Lelaki Iklan Pelitup Muka Tak 'Hauk', Hanya Berharga RM6 Sekotak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...