Sudah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa untuk mendaftar anak yang baru lahir dengan nama yang baik di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan isu-isu berkaitan warganegara di kemudian hari.
Menurut satu perkongsian seorang wanita ini di Twitter, dia ada bercerita mengenai kisah anak saudara lelakinya yang telah didaftarkan dengan ‘binti’ dan bukannya ‘bin’ seperti kebiasaanya.
Dont la bambu or hentam org blindly haishhhhh korang ni… nahh https://t.co/kHV5tEHXFr
— c?????? (@zt000tz) April 12, 2022
Tulisnya dalam untaian Twit itu, anak saudaranya bernama Danial dan dilahirkan pada 2 April yang lalu.
Namun, sijil kelahiran yang diterima pada awal minggu ini mempunyai kesilapan dipercayai kerana pegawai yang mengambil dan mengisi nama bayi lelaki itu telah tersilap ‘key in’ ketika proses pendaftaran dilakukan.
Namun begitu, kisah terebut menjadi pertikaian warga maya kerana ada yang berpendapat bahawa kesilapan itu tidak patut terjadi kerana proses pendaftaran nama anak adalah melibatkan kedua-dua pihak.
Tak periksa sebelum hantar, diorang akan minta pengesahan dari wakil keluarga untuk doubel, triple check. jadi tak boleh nak salahkan satu pihak je. Diorang nak daftar bukan untuk anak saudara awak je, ramai lagi.
Namun, wanita tersebut membidas persoalan-persoalan netizen dan mendakwa bahawa ia sememangnya salah pegawai yang bertugas kerana pada awalnya sudah terdapat kesilapan pada ejaan nama.
Difahamkan, ibu bapa kepada bayi lelaki itu telah ke JPN semula bagi menyelesaikan isu berbangkit meskipun banyak prosedur yang perlu dilakukan.
Tak apalah, benda dah selesai kan!