Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Buat Tahlil Untuk Abam Kerana COVID-19..”- Hidayah Sedekah Bihun Sup Dan Mee Kari Buat Pelanggan Kedai Makan

Hidayah Abam

Sudah hampir setahun pemergian pelawak terkenal iaitu Allahyarham Abam Bocey, balu kepada arwah Nor Hidayah Mohd Ali tampil memberikan sedekah berupa berbentuk makanan seperti mee kari dan bihun sup buat pelanggan kedai makannya yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Abam Bocey HidayahSumber : Instagram Hidayah  

Menurut Hidayah, memandangkan keadaan negara yang sedang mengharungi fasa pandemik COVID-19 dia dan ahli keluarganya tidak dapat membuat majlis tahlil dalam memperingati pemergian suami tersayang.

Advertisement

Tambahnya lagi, aktiviti sedekah yang dilaksanakannya pada hari Rabu (semalam) hanyalah bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama pelanggan gerai makanannya itu yang mungkin juga terdiri daripada kalangan peminat Allahyarham.

View this post on Instagram

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

“Genap hari ini 10.02.2021, 1 tahun allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar. Saya tak buat majlis tahlil memandangkan pandemik covid-19 dan masih pkp. Jadinya saya ada tempah mee kari dan bihun sup dari adik saya dan adik ipar saya @zainuddin_94 dan @farhana_2709 untuk saya sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya hari ini (Rabu,10/2/2021).”

Perkara tersebut telah di hebahkan Hidayah menerusi laman Instagramnya untuk pengetahuan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Terdahulu, Allahyarham Abam daripada kumpulan lawak Bocey yang turut disertai oleh pelawak Fad Bocey dan Achey Bocey telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya yang bertempat di Gombak akibat demam panas. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu,, Gombak.

SUMBER : Instagram Nor Hidayah
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top