Tak Boleh Tunggu Lama, Aktres Berambut Merah Buat Perangai ‘Diva’

Hiburan

Tak Boleh Tunggu Lama, Aktres Berambut Merah Buat Perangai ‘Diva’

Seorang pelakon wanita berambut merah didakwa sering menunjukkan perangai ‘diva’ di hadapan orang ramai termasuk pihak media.

Bukan sekali dua, aktres berkenaan dipercayaai telah melakukan perkara tersebut berulang kali termasuk ketika menghadiri majlis di negara lain.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, pelakon wanita itu diminta untuk menghadiri sebuah majlis di negara jiran untuk mempromosikan filem yang dibintangi.

Namun, ketika sidang media diadakan, aktres berkenaan mula menunjukkan rasa resah apabila dia terpaksa berdepan dengan situasi menunggu lama.

Malah, pelakon wanita itu turut mahu meninggalkan sidang media berkenaan untuk pulang ke bilik.

Bukan itu sahaja, apabila dimaklumkan bahawa dia perlu menghabiskan sesi tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan, aktres berkenaan mula membuat muka.

Bahkan, reaksi wajah ‘mencuka’ itu turut jelas diperlihat oleh orang sekeliling yang berada di majlis berkenaan.

Sumber: Utusan

Tidak hanya itu, pelakon wanita itu turut mempersoalkan mengapa nama pelakon lelaki yang membintangi filem sama diletakkan nombor satu pada senarai artis yang hadir.

Difahamkan, nama aktor berkenaan diutamakan memandangkan dia lebih dikenali ramai berbanding aktres berambut merah itu.

Menurut laporan itu lagi, ramai yang sudah meluat dengan perangai ‘diva’ pelakon wanita itu yang mempunyai banyak kerenah selain sering membawa adiknya di setiap majlis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amelia henderson
1 year ago

"Motif Sampai Nak Crowfund? B*doh Punya Pemikiran" - Individu Nak Buat Dana Untuk Amelia Henderson Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...