Pengacara dan pelakon terkenal, Nabila Huda memohon pertanyaan yang diciap olehnya di Twitter tidak disalah anggap oleh netizen berhubung dengan sesetengah individu yang tidak boleh bersabar setelah kerajaan mengumumkan ‘sesuatu’.
Menerusi beberapa ciapan yang dibuat oleh Nabila atau lebih senang dikenali sebagai Abil, dia hanya tertanya dengan sikap sesetengah individu yang seolah-olah tidak boleh bersabar setiap kali kerajaan memberi kelonggaran pada sesuatu perkara.
Masa nak announce MCO,semua pergi supermarket, panic buying. Hari tu announcement, hari tu jugak semua berpenuh kat supermarket.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) September 16, 2021
Misalnya menurut pelakon tersebut, ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pihak yang berpusu-pusu dan bersesak di pasar raya.
Sebelum itu, pelakon filem M4M4 ini ada memuat naik satu ciapan kerana musykil dengan kebanjiran orang ramai di Pulau Langkawi semalam.
Tak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ni boleh pergi, hari ni jugak semua nak pergi. Tak boleh tunggu minggu depan ke,bulan depan ke. Tetap nak jugak hari ni. Kenapa eh?
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) September 16, 2021
Bagaimanapun, beliau meminta agar pengikutnya di Twitter tidak salah anggap dengan pertanyaan peribadinya itu.
Terdahulu, media melaporkan Langkawi kembali menerima pelancong pada hari pertama gelombang perlancongan bermula semalam, selepas sekian lama ditutup akibat penularan COVID-19 yang teruk di negara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.