Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Boleh Terima Kritikan, Itu Sikap Buruk Kau!” Mas Idayu ‘Laser’ Azwan Ali Dalam Laser Bertemu Laser

Azwan

Penyanyi dangdut terkenal negara, Mas Idayu mendedahkan sikap buruk personaliti TV Azwan Haji Ali yang tidak pernah disukainya dalam segmen bual bicara terbaru terbitan Astro, Laser Bertemu Laser yang dihoskan sendiri oleh Diva AA.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Mas Idayu yang secara terbuka mengkritik sikap buruk Azwan menambah, hos terkenal itu seharusnya menerima segala apa jua kritikan meskipun pedih dan sesekali mendengar teguran yang diberikan netizen.

Perkara itu didedahkan ratu dangdut itu apabila diajukan soalah mengenai reaksi setiap kali dikutuk netizen.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Advertisement

“Macam kau, kau tak boleh orang kutuk..itu buruk kau yang aku tak suka..kau kena terima apa orang cakap Wan (Azwan).” ujar Mas Idayu.

Tambah Mas, dia tidak kisah dikritik netizen kerana dari komen yang dilemparkan mereka, sesuatu kelemahan itu dapat dikenal pasti dan diperbaiki.

Dalam program tersebut, Azwan yang bertindak sebagai hos akan bertanyakan artis jemputan pada malam itu mengenai soalan-soalan panas dan ‘laser’ mengenai mereka.

Episod pertama yang bakal bersiaran pada malam ini akan menyaksikan Mas Idayu sebagai tetamu jemputan dan khabarnya ada juga situasi kecoh berlaku apabila Mas bertindak menampak mulut Azwan berulang kali.

Advertisement
Azwan AliSumber : Google  

Tidak serik, Azwan tetap bertanyakan penyanyi wanita tersebut dengan soalan kontroversi seperti hubungan dia dengan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka.

Jangan lupa saksikan program bual bicara ter’laser’ pada malam ini di saluran Astro Ria jam 11 malam nanti ya!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    March 19, 2021 at 10:03 am

    wow. tulah nk tau jugak ape cite aman graseka. dah la laki emsem makin tua makin do’ohhh

  2. Anonymous

    March 17, 2021 at 8:52 pm

    Ha ha ha

  3. Anonymous

    March 17, 2021 at 4:46 pm

    walaupun nampak lagho, tetap rasa nak tengok.. lol!

Loading...
To Top