Tak Boleh Sentuh Kaabah Dan Hajar Aswad Antara Larangan Ibadah Haji Tahun Ini

Trending

Tak Boleh Sentuh Kaabah Dan Hajar Aswad Antara Larangan Ibadah Haji Tahun Ini

Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Arab Saudi telah mengeluarkan protokol kesihatan khas untuk jemaah haji tahun ini. Ibadah haji akan dijalankan tahun ini mengikut garis panduan yang ditetapkan dan jumlah jemaah yang dihadkan bagi membendung penularan COVID-19.

Di dalam garis panduan itu, jemaah haji tidak dibenarkan untuk menyentuh dan mencium Kaabah dan Hajarul Aswad atau Batu Hitam dan mereka perlu menggunakan batu yang sudah dinyahkumankan ketika melontar jamrah.

Advertisement

Selain itu, jemaah haji akan menjalani ujian saringan coronavirus sebelum tiba di kota suci Mekah dan akan diminta untuk dikuarantin di rumah setelah upacara tersebut. Para jemaah juga perlu memakai topeng muka setiap masa di mana ianya wajib bagi jemaah haji dan penganjur.

haji 2020

Jarak fizikal antara satu setengah meter di antara setiap jemaah semasa melakukan haji termasuk solat berjemaah dan ketika berada di kawasan pusingan Kaabah akan dikenakan, menurut kenyataan oleh Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (CDC).

Solat berjemaah dibenarkan tetapi para jemaah perlu memakai topeng muka dan menjaga jarak fizikal.

Selain itu, akses kepada tempat suci di Mina, Muzdalifah dan Gunung Arafat akan terhad kepada mereka yang mempunyai izin haji mulai hari Ahad 19 Julai hingga 2 Ogos. Ini adalah pertama kalinya dalam sejarah sejak hampir 90 tahun, Arab Saudi melarang jemaah daripada negara luar untuk menunaikan haji. Keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan jemaah yang berada di negara itu menunaikan haji turut mendapat sokongan daripada pelbagai negara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...