“Tak Boleh Pegang Sebab Haram” – Lelaki Kongsi Kisah Lucu Wanita Terperangkap Dalam Kepala Air ‘Enggan’ Diselamatkan

Hiburan

“Tak Boleh Pegang Sebab Haram” – Lelaki Kongsi Kisah Lucu Wanita Terperangkap Dalam Kepala Air ‘Enggan’ Diselamatkan

Rakaman sekumpulan lelaki berusaha bertungkus-lumus meredah arus sungai yang bahaya ketika menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di kepala air baru-baru ini telah menjadi tular di TikTok.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kota Belud, Sabah itu menyaksikan seorang wanita berdepan situasi cemas apabila dia berada di tengah-tengah sungai yang arusnya berubah secara tiba-tiba menjadi deras.

Advertisement

Pada mulanya keadaan tenang dan ramai sedang mandi di sungai tersebut namun hujan mulai turun renyai-renyai sebelum terjadinya insiden kepala air itu.

Amaran kemudian dikeluarkan agar pengunjung segera naik ke darat namun seorang wanita tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

Wanita itu dilihat tidak dapat ke tebing yang selamat dan hanya berpaut pada sebuah batu seperti nyawa di hujung tanduk.

Nasib wanita itu baik kerana kebetulan sekumpulan lelaki telah bertindak terjun ke sungai bagi membantu menariknya dari pusaran kepala air yang dahsyat itu.

ViralSumber : TikTok  

Waktu itu panik dan keadaan mendesak. Mereka tak fikir apa dan terus tolong. Mereka pegang tangan sama-sama masuk ke dalam sungai.

Saksi kejadian, Zieya turut berkongsi pengalaman lucu apabila wanita berkenaan seperti enggan diselamatkan meskipun berada saat genting.

Ketika Abang Epol hulurkan tangan kepada kakak tu untuk tarik dia keluar, dia cakap tak boleh sebab haram (bukan mahram).

Bila dah sampai ke tepi, nampak dia macam bersyukur dan pada masa yang sama macam marah sebab diselamatkan.

Zieya yang merupakan pemilik video kejadian itu sempat memberikan pesanan agar mereka yang berhajat untuk mandi manda di sungai agar lebih peka dengan cuaca dan keadaan sekitar terutamanya ketika musim monsun di penghujung tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gadis hisap vape hisap kote
2 years ago

(VIDEO) Netizen Tegur Hisap Vape Di Tiktok, Gadis Respon,- “Habistu Takkan Nak Hisap K*te?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...