Boleh dikatakan sejak berkahwin dengan seorang jutawan, nama Fatin Afeefa serta suami, Aliff Awang sering menjadi perhatian di media sosial.
Kerana sering mengeluarkan kata-kata yang kurang senang untuk didengari, netizen melabel Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai itu sebagai lelaki red flag.
Terbaharu, muncul satu video di platform memaparkan pasangan berkenaan berada di sebuah majlis dan dapat dilihat Fatin sedang beratur untuk mengambil makanan sambil memegang dua pinggan di tangan.
Dapat dengar si perakam berkata bahawa Opai tak boleh ‘pakai’ kerana membiarkan isteri sendiri mengambil makanan dan dia pula ‘tenang’ duduk di meja sambil bermain telefon.
Rata-rata netizen yang melihat video terbabit berasa kesian melihat pelakon filem Tentang Bulan itu biarpun dirinya tersenyum dan tidak kisah melayan karenah suami.
Sekadar info, sebelum mengahwini Opai, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan seorang pelakon bernama Adam Shahz dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.