Tak Boleh Minum Air Sejuk Bila Makan Makanan Berlemak? Ini Penjelasan Doktor..

Trending

Tak Boleh Minum Air Sejuk Bila Makan Makanan Berlemak? Ini Penjelasan Doktor..

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa tak boleh minum air sejuk atau air ais selepas makan makanan berlemak sebab akan menyebababkan lemak menjadi beku dalam badan sehingga menyumbat laluan darah.

Advertisement

Namun dakwaan ini adalah mitos semata-mata. Doktor Abd Ghani Hussain ada jawapannya yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di mana beliau menyangkal dakwaan tersebut.

Memakan lemak dan minum air sejuk.

Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita.

Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan “homeostasis” dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita.

Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 – 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan.

Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.

Keduanya, lemak diserap masuk ke dalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah.

Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was

-Dr Abd Ghani Hussain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...