“Tak Boleh Ke Jadi Macam Dia, Cantik, Baik..” Jadi Lebih Yakin & Percaya Diri Bersama Total Image

Branded

“Tak Boleh Ke Jadi Macam Dia, Cantik, Baik..” Jadi Lebih Yakin & Percaya Diri Bersama Total Image

“Kenapa aku tak macam dia? Aku tak cantik, tak bijak macam DIA”

Kejam kan kehidupan harini, terutamanya buat wanita di luar sana. Bermula dari usia yang sangat muda, mereka sering dibanding-bandingkan dengan orang sekeliling yang menyebabkan mereka kurang keyakinan diri.

Apabila sudah dewasa mereka pula yang membandingkan diri dengan orang lain. Kehidupan dianggap sebagai pertandingan tanpa garis penamat.

Namun, apa yang mereka tidak sedar adalah kehidupan bukannya satu pertandingan, tapi ia dipenuhi dengan peluang dan ruang untuk kita semua menjadi versi terbaik diri sendiri.

Apakah versi yang terbaik menurut anda?

Lebih Yakin Dan Percaya Diri Kunci Menjadi Lebih Baik

Permulaan untuk anda menjadi lebih yakin dan percaya diri adalah dengan melakukan sesuatu yang membuat anda lebih selesa. Ramai yang sering tiada keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai.

Tak pandai bergaya, tak tahu macam mana nak bertegur sapa ataupun badan berbau?

Mesti ramai yang hadapi masalah ini kan? Tak pandai bergaya ataupun tidak tahu macam mana nak bertegur sapa boleh diatasi dengan usaha. Tapi kalau dah bercakap tentang bau badan, itu memang tak boleh bawa bincang.

Kita sendiri pun dah boleh bau, apatah lagi orang lain? Malunya!

Kalau anda ada masalah badan berbau yang menyebabkan anda hilang keyakinan diri, jangan risau. Jom kami share tips untuk melawan bau badan yang efektif.

Kekal Segar Dan Yakin Bersama Semburan Deodoran Smelly No More Spray

Lebih yakin & percaya diri

Bagi yang mengalami masalah bau badan, anda pasti tahu betapa susahnya untuk mencari deodoran yang sesuai dan mampu melawan bau.

Terutamanya apabila bau badan yang terhasil oleh bakteria dan peluh yang ada pada kulit. Ia hanya dapat dihilangkan secara efektif dengan menggunakan bahan semula jadi yang mampu melawan bakteria.

Eh, tapi bukan ke kita dah ada SMELLY NO MORE SPRAY yang merupakan deodoran semula jadi, yang dihasilkan dengan garam mineral yang mampu melawan bakteria yang menjadi punca utama badan berbau.

Sifat antimikrob dan antibakteria yang terdapat dalam SMELLY NO MORE SPRAY dapat menyingkirkan bau badan secara semula jadi. Ia juga bebas daripada sebarang bahan kimia, alkohol dan pewangi yang membuatkan ia sesuai digunakan oleh kulit sensitif.

Sekarang anda boleh kekal segar dan lebih yakin tanpa bau badan.

Total Image akan mengadakan tawaran istimewa bagi produk kegemaran ramai bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2024. Anda boleh dapatkan pek berkembar SMELLY NO MORE SPRAY 75ml dengan harga yang jauh lebih murah.

Harga asal bagi pek berkembar ini adalah RM57.80, anda boleh dapatkannya dengan hanya RM46.

Total Image Whita Glo—Glutathione, Rahsia Kulit Lebih Berseri Dan Kunci Keyakinan Diri

Lebih yakin & percaya diri

“Eh, banyaknya bintik-bintik hitam dekat muka tu”

Selalu kan orang tegur macam ni, lagi-lagi kalau berkumpul keluarga. Baru rasa happy dapat berkumpul dengan ahli keluarga, terus rasa nak menangis dan mula hilang keyakinan diri.

Betul lah orang cakap, orang yang terdekat lah yang mampu membina ataupun menghancurkan diri kita.

Sekarang dah tak perlu risau, Total Image Whita Glo mampu merawat masalah kulit anda dan menjadikannya lebih berseri. Suplemen kecantikan ini mengandungi bahan mentah OPITAC™ L-Glutathione tulen berkualiti tinggi dari Jepun.

Ia merupakan antioksidan paling berkuasa yang membantu dalam memerangi radikal bebas yang berbahaya. Total Image Whita Glo juga mempunyai Cysteine, salah satu daripada tiga molekul yang membentuk L-Glutathione.

Total Image Whita Glo dapat melawan masalah kulit seperti pigmentasi, bintik-bintik gelap, dan tona kulit yang tidak sekata dan anda dapat rasai formula transformatif yang mampu menyerlahkan kecantikan kulit anda.

Anda disarankan untuk mengambil 1 biji Whita Glo setiap hari. Bagi yang ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda boleh mengambil 2 biji setiap hari.

Dapatkan 1 kotak PERCUMA dengan pembelian 2 kotak Total Image Whita Glo bermula 1 Mei hingga 31 Mei dengan potongan lebih daripada 30%! Anda boleh dapatkan 3 kotak Whita Glo yang berharga RM384 dengan hanya RM256.

Anda boleh mendapatkan 3 kotak untuk penggunaan selama 3 bulan dan anda hanya berbelanja RM85.33 sebulan!

Anda juga akan mendapatkan 3 baucar bonus bagi promosi ini.

Sekarang anda boleh mula untuk lebih yakin dan percaya diri dalam apa jua situasi. Tak perlu bandingkan diri dengan orang di sekeliling, tapi sentiasa berusaha untuk mencari ruang dan peluang untuk menjadi lebih baik.

Dapatkan SMELLY NO MORE SPRAY sekarang di Watsons dan Guardian, Whita Glo di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi berdekatan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Total Image.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...