“Tak Boleh Kahwin Jika Suami Meninggal Tanpa Kubur” Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Status Perkahwinan Drama Menanti Februari

Trending

“Tak Boleh Kahwin Jika Suami Meninggal Tanpa Kubur” Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Status Perkahwinan Drama Menanti Februari

Isu tentang status perkahwinan Fiza dan Eddy selepas Arie pulang di dalam drama Menanti Februari dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah di Masjid Kampung Sireh, Kelantan.

Advertisement

Menurut UAI, jika suami hilang dan tidak dapat dikenal pasti dimana manyatnya, si isteri tidak boleh berkahwin. Jika mahu berkahwin, si isteri mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah syariah.

Persoalan terjawab apabila UAI menyentuh jika suaminya yang hilang pulang semula dan status anak yang dikandung atau anak bersama suaminya yang baru. Anak tersebut hendaklah di bin atau di binti kan dengan nama suaminya yang hilang. Status perkahwinan itu juga terbatal serta merta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

35 Comments

  1. Anonymous

    May 10, 2017 at 7:28 pm

    tak ada ke individu nak saman pengarah drama ni…
    saman 10juta biar jadi pengajaran utk pengarah2 drama lain sbb mhalalkan dan mnyesatkan hukam yg btentangan ngn islam.. allahuakbar..

  2. Mencari kebenaran

    May 10, 2017 at 12:06 am

    Fasakh taklik kta blh menuntut sekiranye lebih dri 6 blan sekiranye si suami x mmbri nafkah zahir dan batin.
    Tp jangn percaya cerita tersebut 100% kerana dlam cerita tersebut si isteri kawin dlm tempoh yg singkat kerana 6 blan sudah brkahwin dengn lelaki lain.
    Jika si isteri meminta fasaks wajib melalui edah 3blan. Bermakna cerita trsebut suama hanya hilang 3 blan si isteri meminta edah.

    DRAMA “MENANTI FEBRUARI” BERCANGGAH DENGAN ISLAM?

    SOALAN:

    Us..baru ni saya ada ikuti sebuah drama bertajuk “Menanti Februari” yg mengisahkan seorg suami hilang dilautan.

    Dalam tempoh 6 bulan shj si isteri telah berkahwin dgn lelaki lain. Saya konfiussz..
    sahkah nikah yg last tu?

    -Azfarizie Ahmad.

    JAWAPAN Ustaz Abu Syafiq:

    1- Banyak drama Tv skrg tidak patuh syarak pabila mereka nak pamerkan sesuatu tentang agama Islam. Bukan shj drama Tv bahkan beberapa program tertentu berkaitan agama juga sering ajaran Syiah-Wahabi dibenarkan menyebarkan ajaran sesat mereka di kaca TV dihidangkan pula kpd awam yang masih mencari-cari kebenaran. Ini sangat Bahaya.

    2- Berkaitan dengan soalan.
    Jawapannya sudah tentulah tidak sah akad nikah tersebut kerana dia masih isteri orang.

    Dan jika ia dilakukan juga maka ia boleh dianggap zina dan anak dari hubungan tersebut adalah anak yang tak sah taraf.

    3- Tempoh membolehkan seorang wanita yg kehilangan suami untuk berkahwin dengan lelaki lain mengikut Mazhab Syafie dan selainnya adalah 4 tahun dari tempoh kehilangan suaminya.
    Ia disebut sebagai Al-Mafqud.

    Akta Mahkamah Syariah negeri2 juga memperuntukkan sedemikian bahkan Mahkamah Sivil menetapkan 7 tahun kehilangan tanpa berita baru boleh dianggap si Al-Mafqud itu sudah mati.

    Bila sudah dianggap mati oleh Mahkamah kemudian selesainya ‘iddah wanita itu maka barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.

    Jika si isteri yg kehilangan suaminya hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja sudah berkahwin pula dengan lelaki lain maka perkahwinan itu tidak sah.

    Melihat kpd undang2 Kekeluargaan di Msia untuk isteri menuntut fasakh/gugur nikah suami pertama atas alasan tidak tahu dimana suaminya berada pun perlukan kepada tempoh 1 tahun.

    Lafaz talak ta’liq yg biasa diamalkan di Msia pula tidak terkait terus dgn hukum orang hilang Al-Mafqud akibat sesuatu yang jelas seperti kemalangan dilaut dll.

    Lagi pun dari segi adat kebiasaan orang yang hilang 6 bulan adalah tidak munasabah untuk terus kita anggap dia sudah mati inikan pula terkait hukum perkahwinan baru.
    Maka lebih perlu berhati-hati.

    Seandainya perkara ini sudah terjadi kemudian suami yg pertama yg hilang itu tiba-tiba pulang kembali dan dapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain bahkan sedang menghamilkan anak kepada lelaki baru dikahwini itu maka si isteri tadi perlu kembali menjadi isteri kepada suami pertama yg sah kerana akad nikah si isteri dgn lelaki baru itu tidak sah dan anak hasil mereka berdua itu kelak di bin/bintikan kepada si Ibu atau dalam segi undang-undang negara dibinkan/bintikan kepada Abdullah dll kerana tidak sah taraf.

    4- Manakala jika Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Akta sedia ada (tempoh 4 tahun atau yang munasabah) sudah menentukan Al-Mafqud si suami yang hilang itu sudah dianggap mati kerana hilang melebihi 4 tahun atau tempoh yang munasabah kemudian isteri berkahwin dengan lelaki lain secara sah kemudian pula tiba-tiba pulak suami pertama muncul kembali lalu mendapati isterinya telah bersuami lain maka hak Ikhtihar memilih disini adalah kepada si suami pertama.

    Jika dia mahu akan isterinya tersebut maka dia menjadi miliknya secara automatik setelah tamat iddah dan suami kedua terputus terfasakh nikahnya dan anak hasil dari suami kedua tetap dibin/bintikan kpd suami kedua,

    manakala jika suami pertama sudah tidak mahu maka wanita itu terus menjadi isteri kepada lelaki kedua.

    5- Saya jawab secara ringkas ini tanpa menyebut dengan sangat detail dalil hadith dan teks qaul ulama Mazhab. Tetapi merujuk kepada itu semua.

    Kita perlulah merujuk kepada mazhab muktabar jangan ingat diri boleh faham hadith terus nak jadi pakar hukum pula.

    Ulama Mazhab Empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali sudah kaji lebih dari kita lagi.

    Kekalkan diri dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah dan jauhi ajaran songsang Liberal, Plurisme , Syiah dan Wahhabi.

  3. Anonymous

    May 9, 2017 at 11:53 pm

    Tp dlm crita dkt tv3 tu pekahwinannye tidak sah. Ikt logit la hilang 6bln hilang pas2 dh nikah. Ok cuba fikir klu dia brcerai edah 3 blan.brmakna suami hilang 3blan dh minta fasakh.

    1- Banyak drama Tv skrg tidak patuh syarak pabila mereka nak pamerkan sesuatu tentang agama Islam. Bukan shj drama Tv bahkan beberapa program tertentu berkaitan agama juga sering ajaran Syiah-Wahabi dibenarkan menyebarkan ajaran sesat mereka di kaca TV dihidangkan pula kpd awam yang masih mencari-cari kebenaran. Ini sangat Bahaya
    3- Tempoh membolehkan seorang wanita yg kehilangan suami untuk berkahwin dengan lelaki lain mengikut Mazhab Syafie dan selainnya adalah 4 tahun dari tempoh kehilangan suaminya.
    Ia disebut sebagai Al-Mafqud.

    Akta Mahkamah Syariah negeri2 juga memperuntukkan sedemikian bahkan Mahkamah Sivil menetapkan 7 tahun kehilangan tanpa berita baru boleh dianggap si Al-Mafqud itu sudah mati.

    Bila sudah dianggap mati oleh Mahkamah kemudian selesainya ‘iddah wanita itu maka barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.

    Jika si isteri yg kehilangan suaminya hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja sudah berkahwin pula dengan lelaki lain maka perkahwinan itu tidak sah.

    Melihat kpd undang2 Kekeluargaan di Msia untuk isteri menuntut fasakh/gugur nikah suami pertama atas alasan tidak tahu dimana suaminya berada pun perlukan kepada tempoh 1 tahun.

    Lafaz talak ta’liq yg biasa diamalkan di Msia pula tidak terkait terus dgn hukum orang hilang Al-Mafqud akibat sesuatu yang jelas seperti kemalangan dilaut dll.

    Lagi pun dari segi adat kebiasaan orang yang hilang 6 bulan adalah tidak munasabah untuk terus kita anggap dia sudah mati inikan pula terkait hukum perkahwinan baru.
    Maka lebih perlu berhati-hati.

    Seandainya perkara ini sudah terjadi kemudian suami yg pertama yg hilang itu tiba-tiba pulang kembali dan dapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain bahkan sedang menghamilkan anak kepada lelaki baru dikahwini itu maka si isteri tadi perlu kembali menjadi isteri kepada suami pertama yg sah kerana akad nikah si isteri dgn lelaki baru itu tidak sah dan anak hasil mereka berdua itu kelak di bin/bintikan kepada si Ibu atau dalam segi undang-undang negara dibinkan/bintikan kepada Abdullah dll kerana tidak sah taraf.

    4- Manakala jika Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Akta sedia ada (tempoh 4 tahun atau yang munasabah) sudah menentukan Al-Mafqud si suami yang hilang itu sudah dianggap mati kerana hilang melebihi 4 tahun atau tempoh yang munasabah kemudian isteri berkahwin dengan lelaki lain secara sah kemudian pula tiba-tiba pulak suami pertama muncul kembali lalu mendapati isterinya telah bersuami lain maka hak Ikhtihar memilih disini adalah kepada si suami pertama.

    Jika dia mahu akan isterinya tersebut maka dia menjadi miliknya secara automatik setelah tamat iddah dan suami kedua terputus terfasakh nikahnya dan anak hasil dari suami kedua tetap dibin/bintikan kpd suami kedua,

    manakala jika suami pertama sudah tidak mahu maka wanita itu terus menjadi isteri kepada lelaki kedua.

    5- Saya jawab secara ringkas ini tanpa menyebut dengan sangat detail dalil hadith dan teks qaul ulama Mazhab. Tetapi merujuk kepada itu semua.

    Kita perlulah merujuk kepada mazhab muktabar jangan ingat diri boleh faham hadith terus nak jadi pakar hukum pula.

    Ulama Mazhab Empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali sudah kaji lebih dari kita lagi.

    Kekalkan diri dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah dan jauhi ajaran songsang Liberal, Plurisme , Syiah dan Wahhabi

  4. Iwan

    May 9, 2017 at 10:40 pm

    Saudara IIMRONN..btul ke fasakh taklik boleh dipakai dlm kes hilang kt laut mcm dlm cter ni?…bukan ni kes mafqud ke?mcm MH370..???

  5. Ina

    May 9, 2017 at 8:42 pm

    Penerangan yg amat jelas dari saudara iimronnn