Isu tentang status perkahwinan Fiza dan Eddy selepas Arie pulang di dalam drama Menanti Februari dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah di Masjid Kampung Sireh, Kelantan.
Menurut UAI, jika suami hilang dan tidak dapat dikenal pasti dimana manyatnya, si isteri tidak boleh berkahwin. Jika mahu berkahwin, si isteri mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah syariah.
Persoalan terjawab apabila UAI menyentuh jika suaminya yang hilang pulang semula dan status anak yang dikandung atau anak bersama suaminya yang baru. Anak tersebut hendaklah di bin atau di binti kan dengan nama suaminya yang hilang. Status perkahwinan itu juga terbatal serta merta.