Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar mengumumkan isterinya, Fazeera Nazri kini sedang hamil anak kedua biarpun baru melahirkan cahaya mata pertama 8 bulan yang lalu.
Melalui perkongsiaan video di Instagram, pelakon terbabit memaklumkan kandungan isteri sudah pun memasuki bulan kelima serta tidak sabar menunggu kelahiran anak ketiga mereka.
I get some guys really want LOTS of children, but then you need to consider the health of that baby mama, tu lah nak banyak-banyak anak, pergi la kahwin banyak senang. Dapat 4 anak setiap 9 bulan, pastu tak tau apa lelaki dapat dengan banyak-banyak anak ? pic.twitter.com/Fh5qu90eDM
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) January 29, 2023
Walaupun ia merupakan khabar gembira, terdapat satu tweet yang dimuat naik oleh seorang pengguna meluahkan rasa bimbang kerana ia akan memudaratkan kesihatan ibu yang baru saja melahirkan anak untuk kembali mengandung.
Bukan individu tersebut saja yang berasa bimbang, malah netizen lain yang melihat ciapan tersebut turut bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan.
Melalui komen ciapan tersebut, ada yang sempat berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang melahirkan anak dapat jarak umur yang sangat dekat.
Dalam pada itu, banyak juga nasihat yang ditinggalkan buat kaum lelaki mengenai lahirkan anak dalam jarak umur dekat serta risiko yang bakal dihadapi oleh kaum ibu jika ia berlaku.