Tak Boleh Guna Duit Anak² Walau Cuma Seringgit, Itu Hak Mereka..

Trending

Tak Boleh Guna Duit Anak² Walau Cuma Seringgit, Itu Hak Mereka..

Tiga hari yang lalu, saya kira duit Fateh. Duit yang orang bagi. Contoh macam atuk dia bagi setiap kali pergi ke rumah atuk.

Advertisement

Duit orang datang melawat Fateh, duit papa dia bagi bila balik rumah, duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus saya rasa nak kongsi tiga tips penting cara nak manage duit anak-anak seawal usia bayi lagi.

Duit anak-anak ini, kita tak boleh gunakan. Lagilah kalau duit raya, duit itu adalah hak mereka walaupun seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang.

Dan hutang wajib dibayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa menggunakan duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan kadar segera.

Yang penting, bila dapat duit anak-anak itu kita kena menyimpan. Macam mana caranya nak mengasingkan dan menyimpan itu? Mudah saja, simpanlah sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

1. PASTIKAN BUKA AKAUN BANK UNTUK ANAK SEJAK DARI KECIL

Ambil berkat, saya mulakan dengan membuka akaun bank di tabung haji. Terpulanglah nak buka bank apa, tak kisah nak simpan di mana-mana bank, yang penting anak ada akaun bank.

Dulu, genap 44 hari habis berpantang, saya terus buka akaun Tabung Haji untuk anak. Iyalah, nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi semua duit yang Fateh dapat, saya dan masukkan dalam Tabung Haji.

2. LETAKKAN TARGET SIMPANAN BULANAN UNTUK ANAK

Kalau macam Fateh, saya dah letak target mesti ada amaun empat angka sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau Fateh dah 10 bulan, mesti ada lima angka ringgit dalam simpanannya.

Target itu tak kisahlah nak letak berapa, ikut kemampuan masing0masing. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak adalah terasa beban sangat nanti.

3. ASINGKAN SIAP-SIAP DUIT ANAK DALAM SATU BEKAS LAIN

Ini yang saya praktikkan di rumah. Macam Fateh, saya dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas itu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh.

Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil itu, semua dimasukkan dalam tabung itu. Tiap kali orang bagi duit pun diletak dalam tabung itu. Bekas ini duit anak, bekas dilarang usik tau.

Lagi satu, kita tidak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin ataupun keperluan harian anak kerana semua itu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.

Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik.

Okay semua? Silakan share untuk manfaat anak-anak.

Kredit : Puan Hana Shahadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...