“Tak Boleh Dimaafkan” – Korea Utara Sah Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Trending

“Tak Boleh Dimaafkan” – Korea Utara Sah Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara kini sudah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara itu mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS). Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Media pemerintah Korea Utara, KCNA.

Menurut laporan media tempatan, pada 9 Mac, mahkamah tinggi Malaysia memutuskan bahawa rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Advertisement

Mun ditangkap pada tahun 2019 setelah Amerika Syarikat menuduhnya mencuci wang melalui syarikat dan mengeluarkan dokumen palsu bagi menyokong penghantaran haram ke Korea Utara.

Mun menentang permintaan ekstradisi, dengan alasan bahawa ia bermotifkan politik.

Menurut kementerian terbabit, Pyongyang menyatakan bahawa hukuman ekstradisi oleh Malaysia adalah tindakan jenayah dan kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Tindakan Malaysia telah menghancurkan seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan,” kata satu kenyataan yang ditulis di KCNA.

Hubungan erat Malaysia dengan Korea Utara semakin merosot setelah Kim Jong Nam iaitu saudara kepada pemimpin Kim Jong-un terbunuh di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017.

“Kami telah memberi amaran terlebih dahulu bahawa AS manipulator di belakang pentas dan penyebab utama kejadian ini juga harus membayar harganya,” lapor KCNA.

Tak sangka sampai terputus hubungan,semoga yang baik baik sahaja buat Malaysia ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...