“Tak Boleh Cuti Jika Ada Kematian”, Syarikat Ini Dihentam Netizen

Trending

“Tak Boleh Cuti Jika Ada Kematian”, Syarikat Ini Dihentam Netizen

Iklan yang dikeluarkan oleh syarikat ini untuk mencari pekerja atau nak cari kuli? Itu adalah beberapa persoalan kepada syarikat ini yang menjadi tanda tanya.

“Ya Allah, company apakah ini?” demikian reaksi netizen apabila terbaca iklan jawatan kosong yang disiarkan di laman Indeed baru-baru ini. 

Ini telah dipaparkan oleh seorang pengguna Twitter yang dimuatnaik oleh @qalamchikey, dimana syarikat tersebut menawarkan jawatan Admin Data Entry dengan gaji RM1,100 sehingga RM1,300 sebulan.

Apa yang membuatkan netizen berdebat di Twitter bukan kerana gaji yang ditawarkan, tetapi syarat-syarat yang ditawarkan oleh syarikat mereka.

Berdasarkan iklan tersebut, syarat-syarat dikenakan, salah satunya adalah menghalang pekerja dari mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.

“No off day to attend funeral. No off day to go help any friends or family member if they accident.”

Antara syarat yang dinyatakan juga dalam iklan tersebut adalah sikap yang sempurna, tidak boleh cuti sesuka hati, pengetahuan asas dalam komputer, cepat belajar dan tiada tuntutan sakit (MC).

Syarat berkerja

Malah, pekerja juga tidak boleh mengambil cuti untuk membantu rakan atau keluarga jika terlibat dalam kemalangan.

Rata-rata netizen mengecam syarikat tersebut yang disifatkan kejam dan tidak mempunyai belas ihsan kepada pekerja.

Kerja macam hamba

netizen mengamukNak suruh pentingkan kerja dari keluarga 
netizen marahTak memilih kerja, tapi jangan ambil kesempatan
netizen geram

 

Jadi, adakah syarikat ini berhak meletakkan syarat sebegini? anda pernah ada pengalaman seperti ini. Jom kongsikan bersama kami.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...