Iklan yang dikeluarkan oleh syarikat ini untuk mencari pekerja atau nak cari kuli? Itu adalah beberapa persoalan kepada syarikat ini yang menjadi tanda tanya.
“Ya Allah, company apakah ini?” demikian reaksi netizen apabila terbaca iklan jawatan kosong yang disiarkan di laman Indeed baru-baru ini.
ya allah , company apakah ini ? @sebarkerja @MauKerjaMY pic.twitter.com/dQ5NYZ0NHh
Advertisement— Qal (@qalamchikey) October 11, 2019
Apa yang membuatkan netizen berdebat di Twitter bukan kerana gaji yang ditawarkan, tetapi syarat-syarat yang ditawarkan oleh syarikat mereka.
Berdasarkan iklan tersebut, syarat-syarat dikenakan, salah satunya adalah menghalang pekerja dari mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.
“No off day to attend funeral. No off day to go help any friends or family member if they accident.”
Antara syarat yang dinyatakan juga dalam iklan tersebut adalah sikap yang sempurna, tidak boleh cuti sesuka hati, pengetahuan asas dalam komputer, cepat belajar dan tiada tuntutan sakit (MC).
Malah, pekerja juga tidak boleh mengambil cuti untuk membantu rakan atau keluarga jika terlibat dalam kemalangan.
Rata-rata netizen mengecam syarikat tersebut yang disifatkan kejam dan tidak mempunyai belas ihsan kepada pekerja.
Kerja macam hamba
Nak suruh pentingkan kerja dari keluarga
Tak memilih kerja, tapi jangan ambil kesempatan

Jadi, adakah syarikat ini berhak meletakkan syarat sebegini? anda pernah ada pengalaman seperti ini. Jom kongsikan bersama kami.
Sumber: Twitter