Pengacara popular, Nana Mahazan berharap impian untuk membawa dua anaknya menunaikan ibadah umrah tahun depan dipermudahkan.
Nana, 38, bercadang untuk membawa kedua ibu bapa, suami dan anak-anak menunaikan umrah pada Februari tahun depan.
Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana binti Che Mahazan, dia sudah berurusan dengan beberapa agensi pelancongan umrah, namun dia dimaklumkan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menunaikan umrah.
Kalau anak-anak tak boleh dibawa, saya tak tahu nak minta siapa jaga mereka sepanjang saya dan suami tunaikan umrah.
Jelas Nana, setidaknya jika anak-anak boleh dibawa, dia boleh minta anak-anak untuk duduk sahaja di bilik hotel.
Saya memang teruja nak jejakkan kaki ke Tanah Suci. Ia bakal menjadi pengalaman pertama saya dan suami.
Pengacara HTV itu turut menganggap apa yang berlaku ini adalah dugaan yang Allah berikan dan percaya pasti ada jalan terbaik untuk bawa anak-anaknya ke sana.
Dalam pada itu, Nana turut meminta doa dari orang ramai agar mendoakan urusannya untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan dipermudahkan.
Baca: “Banyak Lagi Kelemahan..” – Nana Mahazan Tak Mahu Dibandingkan Dengan Orang Lain