Pelakon dan juga anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B dilaporkan telah positif COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya, semalam.
Ujar Cik B, dia berada dalam keadaan baik meskipun sudah kehilangan deria bau.
Cik B terkena jangkitan COVID-19, tapi tak apa, tiada yang serius. Cuma tak boleh bau, rasa masih boleh. Cik B kena baru lagi.
Maklum pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini lagi, dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Dalam pada itu, dia juga memohon doa orang ramai agar diberikan kesembuhan segera dan sihat seperti biasa.
Semoga cepat sembuh Cik B!