Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Boleh Ambil Gambar, Altimet Tetap Syarat Ketat Untuk Sertai Misi Bantuan PKP

Altimet

Penyanyi rap, Altimet yang turut serta giat menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan PKP kali ini khabarnya telah menetapkan beberapa syarat ketat kepada mereka yang berminat untuk menyertai pasukannya.

Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, selain daripada kewajipan mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, mereka juga dilarang untuk mengambil gambar atau merakam video.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Perkara tersebut diuar-uarkan Altimet menerusi sebuah video pendek yang dikongsi penyanyi lagu Bunga itu di laman Instagram miliknya.

“Tolong ikut SOP dan pakai glove. Sekali algi diingatkan jangan ambil gambar siapa-siapa. Sesiapa yang ambil gambar kemudian upload di media sosial anda akan dikeluarkan daripada pasukan ini.”

Selain itu, Altimet turut memberi pesanan agar tidak memandang rendah kepada mereka yang meminta bantuan kerana apa yang terjadi ketika ini adalah sebuah bentuk ujian dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Advertisement

Usaha tersebut ternyata meraih pujian peminat yang menzahirkan perasaan kagum atas keprihatinan Altimet dan anak-anak buahnya dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak pandemik ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 16, 2021 at 2:20 pm

    cuba baca & tgk video betul2 dik anon ..x memasal awk dpt dosa..dia pesan pd team dia jgn ambik gambar penerima sbb mereka tu jiran2..x nk aib kan

  2. anon lagi

    July 14, 2021 at 5:45 pm

    eeee macamlah ko popular sgt. orang semua tgh susah skrg ni takde masa nak amek gambar dgn ko lah. macam sakai perangai

    • kita jawabkan

      July 15, 2021 at 9:24 am

      bukan maksud dia ambil gambar dia, tapi jgn ambil gambar sewaktu buat amal. taknak jatuh aib pada penerima, dan xnak la jadi riak bila buat kebaikan..haaa gitchewww

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top