“Tak Betul, Saya Tak Pernah Kata Apa Punca.. – Shakilla Khoriri Nafi Alahan Kucing Punca Ameena Tidak Berjumpa Dengan Bapanya

Hiburan

“Tak Betul, Saya Tak Pernah Kata Apa Punca.. – Shakilla Khoriri Nafi Alahan Kucing Punca Ameena Tidak Berjumpa Dengan Bapanya

Terdahulu aktres Shakilla Khoriri telah menafikan dakwaan bahawa dirinya menghalang bekas suaminya, Fizi Ali untuk berjumpa dengan puteri mereka, Ameena Sofia. Terkini, pelakon ini turut menafikan bahawa dia tidak mahu Fizi berjuma Ameena kerana anaknya itu alah dengan kucing.

Sebelum ini, timbul sebuah spekulasi yang menyangka Shakilla tidak mahu anaknya berjumpa dengan Fizi dan isteri barunya, Siti Zulaika kerana Zulaika ada membela kucing. Justeru itu, dia tidak mahu anaknya sakit dikeranakan alahan tersebut.

Advertisement

Tak, tidak betul. Saya tak pernah cakap pasal isu Ameena alah dengan kucing atau apa pun punca dengan apa yang terjadi sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Menurut Shakilla, hanya dirinya dan bekas suaminya sahaja yang tahu tentang punca sebenar pergolakan tersebut dan enggan mendedahkannya kepada orang ramai. Dia juga terlihat tidak mahu mengulas lanjut ketika Fizi memuat naik hantaran di Instagramnya yang berkata bahawa Shakilla ini melarikan diri bersama anaknya itu.

Sebelum ini, Fizi Ali nafi tuduhan individu yang berkata dirinya kini sibuk ingin bersama anaknya selepas dia dan Shakilla telah bercerai. Kata individu tersebut, baru kini Fizi hendak wujud dalam hidup anaknya dan ingin menjadi ‘terpaling’ bapa kepada Ameena. Fizi hanya mampu mengatakan perkara itu fitnah semata.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fizi ali
4 months ago

"Berebut Anak Dengan Bekas Bini Padahal Kau Yang Curang" - Individu Dakwa Fizi Ali Nak Tunjuk 'Terpaling Bapak', Dulu Tak Heran Dengan Anak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...