Filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong yang menampilkan pelakon seperti Bront Palarae, Daiyan Trisha dan Uqasha Senrose telah mula ditayangkan di pawagam pada 27 Julai lepas.
Reviu dua sekawan ini tular di media sosial selepas mereka mengkritik filem tersebut tidak layak ditayangkan di pawagam kerana kualitinya hanya seperti video di Youtube.
Menerusi video itu, seorang lelaki dan rakannya memberikan ulasan tentang CGI di dalam filem tersebut seperti ‘kisah dongeng’ dan hanya memberikan 2 bintang sahaja.
2/10 je. Itu pun sebab lakonan. CGI macam kisah dongeng ye. Macam cerita TV9, layak masuk TV9 je tak layak masuk pawagam.”
Siapa dah tengok cerita SUMPAHAN JERUNEI? Jarang la cerita melayu best dekat cinema. Yang best boleh kira je berapa, yang selebihnya buang duit. pic.twitter.com/NcfpqIlgjZ
— Bbie. (@twtbiy) July 30, 2023
Difahamkan, mereka tidak menonton filem itu sehingga penghujung dan berkata kualiti kerja pelajar filem lebih bagus daripada ini.
Mereka turut mencadangkan agar orang ramai tidak menghabiskan duit dan masa untuk ke pawagam dan menonton Sumpahan Jerunei.
Sementara itu, sesetengah netizen tidak bersetuju dengan dua sekawan tersebut dan berkata mereka tidak sepatutnya menyeru orang ramai untuk tidak tonton hanya kerana CGI.
Segelintir individu pula yang juga telah menonton filem itu mengakui ia tidak seronok dan mempunyai plot cerita yang cliche.