“Tak Best Langsung!” – Menyanyi Lagu Tiara ‘Live’ Versi Dangdut, Baby Shima Dikecam Rosakkan Lagu

Hiburan

“Tak Best Langsung!” – Menyanyi Lagu Tiara ‘Live’ Versi Dangdut, Baby Shima Dikecam Rosakkan Lagu

Nama Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak asing lagi kerana selalu terpalit dengan kontroversi.

Terkini, penyanyi dangdut sensasi itu lagi sekali dikecam apabila dia mempersembahkan satu lagu popular berjudul Tiara, dalam versi dangdut.

Advertisement

Video persembahan itu dimuat naik oleh Baby Shima sendiri ke akaun Instagram miliknya menerima kecaman hebat apabila majoriti menganggap Shima merosakkan lagu asal kumpulan Kris itu.

Namun begitu, sumber menyatakan bahawa penyanyi itu tidak terkesan dengan komen-komen negatif daripada netizen yang tidak suka dengan cara nyanyiannya.

Shima turut berkata muzik merupakan sesuatu yang bersifat universal dan meliputi banyak genre dan dangdut adalah salah satu daripadanya, justeru dia menganggap nyanyian lagu berkenaan dalam versi dangdut bukanlah satu kesalahan.

Muzik mempunyai banyak genre. Ada peminat rock atau metal mungkin kurang gemar muzik dangdut, begitulah sebaliknya…”

Sebelum ini, salah seorang artis dari negara seberang turut dikecam kerana merosakkan lagu Tiara semasa persembahan siaran langsung di televisyen.

2 years ago

"Acah Suara Dia Sedap, Padahal Tak" - Nyanyi Lagu Casablanca Dekat Chef Faez, Nuha Dikritik 'Over' & Gedik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...