Nama Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak asing lagi kerana selalu terpalit dengan kontroversi.
Terkini, penyanyi dangdut sensasi itu lagi sekali dikecam apabila dia mempersembahkan satu lagu popular berjudul Tiara, dalam versi dangdut.
Video persembahan itu dimuat naik oleh Baby Shima sendiri ke akaun Instagram miliknya menerima kecaman hebat apabila majoriti menganggap Shima merosakkan lagu asal kumpulan Kris itu.
Namun begitu, sumber menyatakan bahawa penyanyi itu tidak terkesan dengan komen-komen negatif daripada netizen yang tidak suka dengan cara nyanyiannya.
Shima turut berkata muzik merupakan sesuatu yang bersifat universal dan meliputi banyak genre dan dangdut adalah salah satu daripadanya, justeru dia menganggap nyanyian lagu berkenaan dalam versi dangdut bukanlah satu kesalahan.
Muzik mempunyai banyak genre. Ada peminat rock atau metal mungkin kurang gemar muzik dangdut, begitulah sebaliknya…”
Sebelum ini, salah seorang artis dari negara seberang turut dikecam kerana merosakkan lagu Tiara semasa persembahan siaran langsung di televisyen.