September 23rd, 2020

Mendedahkan kepada umum bahawa beliau melayan pembantu rumahnya seperti kawan sendiri, pelakon jelita Hanez Suraya akui beliau dan keluarga bersyukur dikurniakan dengan pembantu rumah yang baik.

Tak Berkira, Hanez Suraya Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Hanez ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai pembantu rumah di ruangan Ask Me A Question di Instagram Stories.

Tak Berkira, Hanez Suraya Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

“Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur. Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri. Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka.”

Kata Hanez lagi, beliau sentiasa mahu pembantu rumahnya selesa, malah pelakon drama bersiri Suri ini tidak menolak bahawa beliau dan keluarga tidak berkira dari segi makanan.

Tak Berkira, Hanez Suraya Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

“Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita. Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita.”

Hanez bagaimanapun akui kerja sebagai pembantu rumah bukanlah sesuatu yang senang. Hal ini kerana, banyak perkara yang perlu dipikul oleh mereka serta tidak segan mendedahkan bahawa pekerjaaan itu sesuatu yang memenatkan.

“Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka.”

Sekadar informasi, Hanez sebelum ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha pada 25 Mac 2015. Hasil perkahwinan itu beliau dan pasangan dikurniakan dua orang cahaya mata.


4 responses to “Tak Berkira, Hanez Suraya Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri”

  1. Anonymous says:

    perampas ttp perampas

  2. Anonymous says:

    hmmm..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...