Tak Berjaya Dapatkan MC, “Pesakit” Berang Koyakkan Kad & Slip Preskripsi Tanda Protes

Trending

Tak Berjaya Dapatkan MC, “Pesakit” Berang Koyakkan Kad & Slip Preskripsi Tanda Protes

Berang kerana tidak diberikan sijil cuti sakit (MC) seperti yang diminta, seorang individu tergamak mengoyakkan kad pesakit dan slip perskripsi yang diberikan.

Advertisement


Insiden dan gambar dimuat naik oleh The Dressar & Co itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap individu berkenaan biadab dan tidak bertamadun.

Difahamkan, individu berkenaan telah datang ke klinik dan mengadu keadaan dirinya mengalami sakit perut cirit birit. Setelah diperiksa dan diberikan perskripsi ubat yang berkaitan, individu itu memminta sijil cuti sakit.

“Kita pun suruhlah dia ambil spesimen stool untuk membuktikan bahawa dia memang cirit birit dan tidak layak untuk bekerja. 

“Sekali dia ambil kad pesakit dengan prescription slip itu sekali dan dia koyak-koyakkan depan muka staff klinik, buang ke atas lantai sebagai tanda protest kepada doktor tersebut.

“Wah, gangster. This is Malaysia everyone. Kau nak perubahan tetapi kau sendiri tak nak berubah,” , tulis pengendali laman The Dressar & Co.

Individu terbabit sepatutnya akur dengan arahan pegawai perubatan yang memintanya mengambil spesimen stool terlebih dahulu. Adalah penting bagi pegawai perubatan memastikan pesakit tersebut benar-benar sakit dan tidak layak untuk bekerja.

Bayangkan jika individu berkenaan didapati menipu dan dikesan oleh majikannya berjalan di pusat beli belah atau yang sewaktu dengannya. Sudah tentu majikannya akan mempersoalkan apakah benar sijil cuti sakit yang diperolehi kakitangannya itu?

Secara tidak langsung majikan akan menyalahkan pegawai perubatan yang memberikan sijil cuti sakit tersebut dan mendakwa mereka bersekongkol dalam menyalahgunakan sijil cuti sakit. Lebih teruk lagi, jika majikan melaporkan perkara itu kepada pihak atasan pegawai berkenaan.

Oleh sebab itu, berikan kerjasama yang baik kepada pegawai perubatan apabila diminta berbuat demikian. Percayalah, jika anda memudahkan tugas mereka, sudah tentu mereka juga akan memudahkan urusan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...