Sejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji pada September tahun lalu, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan anggun. Memang ramai yang puji dia kelihatan begitu manis sekali apabila mengenakan hijab.
Namun, ramai tidak tahu Fouziah sebenarnya pernah menjalankan perniagaan menjual tudung secara atas talian sekitar tujuh tahun lalu, tetapi pada waktu itu, dia tidak mengaku tudung tersebut adalah jenamanya sendiri kerana malu dirinya tidak bertudung.
Ni gambar tujuh tahun lalu, bezanya I lagi kurus. Tujuh tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi tak mengaku brand sendiri. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tapi jual tudung.
Kini, selepas berhijab sepenuhnya Fouziah berkata dia menerima banyak pemintaan daripada peminat yang memintanya untuk menjual tudung kembali. Namun, katanya dia belum lagi terfikir untuk kembali aktif dalam perniagaan tersebut.
Rata-rata netizen memberikan sokongan positif buat Fouziah dan pada masa yang sama memuji kecantikannya yang sedikit pun tidak berubah sejak dulu lagi. Persis anak dara.
Anonymous
December 29, 2019 at 10:16 am
yang bertudung tak sempurna macam hang pun memalukan jugak….tudung beria2 tapi dada terbonjol…apo la…
minah jambu say NO to drugs
December 28, 2019 at 6:13 pm
tak salah jual tudung kalau tidak bertudung itu tkde kena mengena ngan tudung atau tidak bertudung ..ape yg nak di malukan kalau cari rezeki yg halal ..kalau gitu banyak lah pompan hipokrit eksen bertudung kalau nak jual tudung ..thank you..