Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang, Shuk Sahar Akui Kesilapan

Hiburan

Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang, Shuk Sahar Akui Kesilapan

Tular di pelusuk media sosial sebelum ini apabila nama pelawak dan pengacara Shuk Sahar mula dihimpit kontroversi yang mendakwa dirinya berlaku curang. Bagaimanapun, setelah sekian lama berdiam diri, Shuk kini tampil menjelaskan bahawa segala dakwaan curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah kepada umum.

Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang, Shuk Sahar Akui Kesilapan

Advertisement

Menurut Shuk, beliau memang pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan perkara itu turut diketahui isterinya. Rentetan itu, beliau dan isteri sudah berbincang untuk tidak memberi kenyataan lanjut memandangkan hal itu sudah pun selesai.

“Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut. Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini.”

Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang, Shuk Sahar Akui Kesilapan

Jelasnya lagi, beliau bertindak untuk berdiam diri kerana ketika itu masih dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan perayaan Aidiladha. Meskipun begitu, beliau kini seakan mampu menghembus nafas lega dan syukur apabila hubungannya dengan isteri dikhabarkan sentiasa baik dan tidak berenggang sepanjang kontroversi itu diperkatakan.

Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang, Shuk Sahar Akui Kesilapan

“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah hubungan kami baik sahaja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami, kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan.”

Shuk juga turut memaklumkan bahawa, beliau tetap akan mempertahankan hubungan kekeluargaanya selamanya, malah tidak menolak dirinya akan lebih berhati-hati dan akan terus belajar daripada segala kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...