Baru-baru ini, di laman Twitter tular satu luahan seorang lelaki yang juga merupakan seorang suami tawar hati terhadap isteri kerana masih mencintai bekas kekasihnya walaupun sudah berkahwin selama empat tahun.
Lelaki yang kini mempunyai dua orang cahaya mata itu membuat perkongsiaan kepada TwtWedding dan memberitahu pernah cuba menghamilkan bekas kekasih kerana mahu putuskan tunang dengan isteri, tetapi tetap ditinggalkan bekas kekasih kerana dia sudah bergelar sebagai tunang orang lain.
Lagi perit apabila lelaki itu juga berkata dia hanya berkahwin dengan isteri kerana ingin melupakan bekas kekasih dan perasaan cinta tidak pernah ada.
Nak menjandakan bini sendiri untuk pergi ke janda lain? Mari bincangkan. pic.twitter.com/2inKIwLfG2
— TwtWedding (@twtmalaywedding) October 27, 2022
Malah, si suami juga berkata dia bersama isteri tidak bercakap langsung di rumah dan hanya berkomunikasi melalui mesej saja serta mengakui berasa menyesal mengahwini seseorang yang tidak dicintai.
Ya aku curang. Aku tak boleh lupakan ex aku dan aku gunakan orang lain. Tapi sekarang aku macam ada peluang nak dapatkan ex aku tu.
Melalui perkongsiaan itu, dia juga berasa bingung sama ada dia perlu menceraikan isteri ataupun tidak dan dalam pada masa yang sama, dia tidak mahu kemurungan kerana kehilangan bekas kekasih sekali lagi.
Perkongsiaan tersebut sememangnya menarik perhatian ramai, rata-rata menyifatkan lelaki itu seseorang yang tidak berhati perut kerana sanggup melakukan si isteri sekejam itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.