Tak Bayar PTPTN? Berkemungkinan Lesen Dan Cukai Jalan Disekat

Trending

Tak Bayar PTPTN? Berkemungkinan Lesen Dan Cukai Jalan Disekat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang culas untuk melangsaikan hutang mereka.

Dua sekatan tersebut adalah antara perkara yang dicadangkan hasil perbincangan meja bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Advertisement

Dalam laporan BH Online, selain menyekat pendaftaran perniagaan dan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat serta memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara yang pernah dilaksanakan kerajaan.


Mastura menjelaskan bahawa pada masa ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu.

JIka tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup.

“Jumlah bayaran balik yang diterima hanya 58 peratus daripada jumlah sepatutnya. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion. Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion.

 

Pada pendapat anda, wajarkah lesen memandu ditarik semata-semata anda tidak membayar hutang PTPTN?

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...