“Tak Baik Cakap Macam Tu Pada Isteri” – Umisya Tegur Aslam Di ‘Live’ Lepas Guna Panggilan ‘Kau-Aku’

Kehidupan

“Tak Baik Cakap Macam Tu Pada Isteri” – Umisya Tegur Aslam Di ‘Live’ Lepas Guna Panggilan ‘Kau-Aku’

Personaliti media sosial, Umisya Mazlan, mencuri perhatian netizen apabila secara spontan menegur cara percakapan suaminya, Aslam, yang dianggap kasar semasa mereka bersiaran langsung di TikTok menjual tudung keluarannya.

Dalam potongan klip yang tular, Aslam kedengaran menggunakan panggilan ‘kau-aku’ ketika berinteraksi dengan isterinya, sebelum ditegur lembut oleh Umisya di hadapan penonton.

Advertisement

Tak baik cakap macam itu pada isteri. Macam mana kita nak isteri layan dengan lemah lembut, kita sebagai suami kena layan isteri dengan baik. Suami membimbing isteri.

Teguran spontan itu mencuri perhatian ramai yang memuji tindakan Umisya kerana berani menegur dengan cara berhemah, malah ada yang menganggap ia mencerminkan didikan dan nilai rumah tangga yang baik.

Dalam masa sama, Umisya turut berseloroh bahawa dia dan Aslam memang sudah terbiasa ‘bertekak manja’ kerana mereka sudah saling mengenali sejak zaman sekolah lagi.

“Dulu kami satu kelas, dah terbiasa berkawan. Aslam selalu tiru kertas Bahasa Arab saya,” katanya sambil tertawa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

candy grape
2025-10-09 09:02:51

‘Candy Grape’ Kelantan Kena Kecam, Guna Gambar Orang Lain, Pelanggan Dakwa Produk Tak Sama & Tak Sedap - "Tak Lalu Nak Makan"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...