Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa begang dan tidak puas hati dengan sikap sesetengah penerbit produksi yang sengaja mendiamkan kes positif COVID-19 sehingga telah menyebabkan penularan wabak tersebut dalam kalangan kru dan pelakon.
Luah Fizz, kelonggaran yang diberikan kerajaan itu ternyata telah disalahguna sehingga mendatangkan risiko kepada keseluruhan penggiat seni tempatan.
Perkara tersebut dizahirkan Fizz menerusi sebuah hantaran Instagram Story miliknya, semalam.
Produksi mana buat hal? Team positif lari balik KL? Kan..aku dah cakap, mesti ada yang tak jujur, ada yang pentingkan diri sendiri.
Tak bagi shooting kau mengamuk, bising..tak boleh cari makan..sekarang, team shooting kantoi lari dari set, sebab positif balik KL, Finas tak check ke SPP, sijil dua dos? Sekarang siapa nak jawab?
Selain bengang dengan sikap pihak produksi tersebut, Fizz juga mempersoalkan tindakan pihak FINAS berhubung isu yang hangat diperkatakan kala ini.
Kata Fizz, pihak FINAS haruslah memeriksa Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan sijil vaksin mereka yang terlibat dalam mana-mana penggambaran kerana ia adalah SOP wajib.
Terdahulu, semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bekerja mulai 9 September 2021.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.