“Tak Apalah Saya Gemuk, Janji Teman Lelaki Saya Kaya,” Dituduh Berbadan Dua, Atikah Suhaimi Akui Sedih

Hiburan

“Tak Apalah Saya Gemuk, Janji Teman Lelaki Saya Kaya,” Dituduh Berbadan Dua, Atikah Suhaimi Akui Sedih

Gara-gara badannya kelihatan agak buncit dalam sebuah video yang dimuat naik dalam instagram miliknya, Atikah Suhaimi telah dikritik oleh sesetengah netizen yang mengikuti perkembangan peribadi miliknya.

Malah, disebabkan oleh perutnya yang kelihatan ‘berisi’, ada netizen yang mengesyaki bahawa Atikah kini sedang berbadan dua.

Advertisement
View this post on Instagram

@dashresortlangkawi ??

A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on

Namun, Atikah tampil memberi respon dan menidakkan kenyataan tersebut. Dalam pada masa yang sama, pelakon cantik itu juga kemudiannya mengakui akan kelemahan dan kekurangan bentuk badannya.

Dia kemudian mengemaskini InstaStory yang mengatakan dirinya berasa sedih dan emosi sedikit terganggu disebabkan oleh komen-komen negatif tersebut.

“Takpalah I gemuk dan buncit..janji hati bersih ikhlas dan bf (teman lelaki) I kaya..Alhamdulliah, syukurlah..”

Meninjau ruangan instagram milik Atikah, dia dilihat sedang berseronok bercuti bersama rakan-rakan dan turut sama kelihatan adalah teman lelaki barunya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...