Sanggup panggil sayang dekat Instagram milik wanita lain, peminat Datuk Aaron Aziz nampaknya telah tampil membuat aduan kepada isteri pelakon itu, Datin Diyana Halik.
Namun jangan pula salah sangka, hal ini kerana Aaron Aziz telah menulis komen dengan panggilan sayang di ruangan entri terbaru aktres Bollywood terkenal, Preity Zinta hanya sekadar untuk bergurau senda.
Menerusi foto tersebut, Aaron telah meninggalkan komen berbunyi “Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay.”
Komen tersebut ternyata telah mendapat perhatian netizen daripada Malaysia sebelum bertindak ‘mengadu’ kepada isterinya itu.
Tidak mengambil serius, Diyana kemudian berseloroh dengan memuat naik tangkap layar komen berkenaan sebelum dimuat naik ke ruangan Instagram peribadi miliknya.
“Tadi kita panggil dia, kemain sibuk nanti jap dia cakap tengah settle stuffs.. Tak boleh lari la Malik.. cuti sudah habis bro.. orang tag sama gua. Lu jangan macam macam Malik!!”
Sempat menggunakan nama panggilan watak ‘Malik’ yang di bawa oleh Aaron Aziz dalam filem KL Gangster, rata-rata peminat serta rakan artis terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu. Tambah Diyana, memang suaminya itu peminat tegar aktres Bollywood berkenaan sejak dari dulu lagi.
Sekadar info, Aaron dan Diyana telah mendirikan rumah tangga selama hampir 17 tahun dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Anaqi,16, Dwi Ariana,14 dan Dahlia Arissa, 10 tahun.