Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha telah tersenarai dalam senarai gerakan Blockout 2024 yang menggesa netizen untuk memboikot artis-artis dan pempengaruh yang mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.
Tidak pernah lupa
Tidak berdiam diri, aktres ini telah memuat naik satu kenyataan di media sosialnya yang menegaskan dirinya tidak pernah melupakan keadaan rakyat Palestin yang ditindas.
Daiyan juga memohon maaf kepada orang ramai sekiranya apa yang dilakukan olehnya dilihat salah di mata orang lain.
Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.
Tak apa saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin..
Tunjuk bukti sumbangan
Dalam pada itu, Daiyan juga berkongsi bukti resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin yang disumbangkan melalui empat badan berbeza. Selepas diteliti, jumlah sumbangan tersebut mencecah hingga RM100,000.
Terdahulu, Daiyan Trisha menerima kecaman daripada netizen yang memboikot artis ini kerana didakwa mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis. Selain Daiyan, terdapat beberapa nama selebriti lain seperti, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Neelofa, Mira Filzah dan banyak lagi.