“Tak Ambil Sarapan Tapi..” – Berat Badan Turun 8KG Dalam Sebulan, Yazmin Aziz Kongsi Tips Kurus

Hiburan

“Tak Ambil Sarapan Tapi..” – Berat Badan Turun 8KG Dalam Sebulan, Yazmin Aziz Kongsi Tips Kurus

Penyanyi dan juga pensohor media sosial, Yazmin Aziz mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram hanya dalam tempoh sebulan.

Menganggap ia sebagai sesuatu yang luar biasa, Yazmin berkata bahawa kejayaan itu tidak mustahil untuk digapai asalkan mempunyai semangat dan tekad yang tinggi.

Advertisement

Jelas Yazmin, dia cuba untuk tidak mengambil sarapan pagi serta tidak menyentuh minuman bergula serta berkarbonat dalam pengambilan dietnya.

Saya tak minum air manis, tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas. Hanya minum air kosong.

Kedua, saya tak ambil sarapan. Hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur dan saya langsung tak makan nasi.

Yazmin juga tidak ketinggalan melakukan sesi senaman pada setiap hari di gimnasium ataupun di rumah.

@yazminaziz

Dah turun 8 kg’s besprensss ??? #fyp #tiktokmy

? original sound – KristyLee

“Akhir sekali, pergi gim atau buat ‘home workout’. Saya akan pastikan setiap hari pegi gim. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ayah Tak Suka.." - Diana Amir Dedah Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Ketika Mula Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...