Perkongsian pengacara dan pelakon Raja Azura di TikTok mencuri tumpuan apabila mengulas mengenai masakan pengantin baru, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman.
Dalam video hampir seminit itu, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, 52, kelihatan duduk semeja bersama rakan artis Rita Rudaini dan Sharifah Shahora.
Perbualan mereka menyentuh tentang Amira Othman yang sebelum ini memasak lauk ringkas, ikan bilis goreng bersama bawang dan cili, dalam siaran langsung TikTok.
“Baru kahwin, masak ikan bilis dengan bawang dan cili. Simple tapi sedap,” katanya berseloroh sambil disambut dengan gelak tawa.
Namun begitu, perhatian netizen lebih tertumpu kepada reaksi Rita Rudaini yang dilihat tidak menyertai perbincangan tentang isu tersebut.
Rata-rata warganet memuji sikap Rita yang kekal tenang, memilih untuk tidak ‘membawang’ walaupun duduk dalam kelompok yang sama. Malah, ramai melabel pelakon filem Mami Jarum itu sebagai wanita matang dan ‘classy’ kerana membawa diri dengan penuh elegan.