April 5th, 2020

Dikala ramai yang membuat gerakan mahu memboikot artis Malaysia gara-gara meminta bantuan khas kerajaan, namun ada juga artis yang masih bermurah hati dan tampil memberikan sumbangan ketika tempoh PKP ini, cuma tidak dihebohkan.

fazura zarina anjoulie

Umum mengetahui, Zarina Anjoulie antara insan yang turut sibuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Namun, dia tidak menyangka apabila pelakon popular, Nur Fazura secara senyap tampil memberikan bantuan kewangan.

Zarina terkejut kerana jumlah bantuan dihulurkan oleh aktres berkenaan sangat banyak. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan jumlah wang disalurkan.

View this post on Instagram

muka anju cam kuda tenat dalam video ni jgn bahan aku 😂😂😂 anyway @missfazura tq so ao much allah sahaja boleh membalas jasa mu n ABG ORAITS BURGER TMN SEMARAK i love u bang tq !!!!

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Menurutnya, selama ini tiada seorang artis pun datang menyumbang dana kepadanya dan Fazura adalah artis pertama yang berbuat demikian. Begitu ikhlas menghulurkan bantuan.

Rata-rata netizen begitu terharu sifat murah hati Fazura dan membanjiri ruangan komen di akaun Instagramnya dengan ucapan terima kasih.

fazura zarina anjoulie fazura zarina anjoulie fazura zarina anjoulie

Dalam keadaan krisis yang melanda negara, kita tidak seharusnya “demand” meminta macam-macam ataupun bertikam lidah. Seeloknya, jika berkemampuan, inilah masa untuk kita membantu orang lain yang sedang susah.

Terima kasih Fazura atas bantuan yang dihulurkan dan semoga murah rezeki. Antara contoh yang baik kepada masyarakat.


4 responses to “Tak Ambil Kisah Isu Bantuan Artis, Fazura Sumbang Dana Untuk Kerja Amal Zarina Anjoulie”

  1. Anonymous says:

    Subhanallah .maha suci Allah yg mnggerakkan hati hambaNYA untuk bersedekah kala saat genting begini..tak sala saya minat kak fazura dr dr sekola rendah…Allah saja yg mampu membalas jasamu wajai kakak!

  2. Abg malek says:

    God Bless Fazura Fattah amin dan Anjolina jolie malaysia!!! Hip hip horay…Booo artis poyos dan zed zaidi haha

  3. Anonymous says:

    Semoga Faz dan Fattah sentiasa dlm rahmat Allah. .. Aamiiiin
    Sememangnya Faz suka buat kerja2 dlm diam dan tidsk menunjuk nunjuk kekayaannya… Tabik spring

  4. aida wan says:

    Ya Allah..Permudahkan kehidupan..Insan yg pemurah nie.. Dan kurniakan segala yg dimimpikan.. Demi membina keluarga bahagia. Amin.

Loading...