Dikala ramai yang membuat gerakan mahu memboikot artis Malaysia gara-gara meminta bantuan khas kerajaan, namun ada juga artis yang masih bermurah hati dan tampil memberikan sumbangan ketika tempoh PKP ini, cuma tidak dihebohkan.
Umum mengetahui, Zarina Anjoulie antara insan yang turut sibuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Namun, dia tidak menyangka apabila pelakon popular, Nur Fazura secara senyap tampil memberikan bantuan kewangan.
Zarina terkejut kerana jumlah bantuan dihulurkan oleh aktres berkenaan sangat banyak. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan jumlah wang disalurkan.
Menurutnya, selama ini tiada seorang artis pun datang menyumbang dana kepadanya dan Fazura adalah artis pertama yang berbuat demikian. Begitu ikhlas menghulurkan bantuan.
Rata-rata netizen begitu terharu sifat murah hati Fazura dan membanjiri ruangan komen di akaun Instagramnya dengan ucapan terima kasih.
Dalam keadaan krisis yang melanda negara, kita tidak seharusnya “demand” meminta macam-macam ataupun bertikam lidah. Seeloknya, jika berkemampuan, inilah masa untuk kita membantu orang lain yang sedang susah.
Terima kasih Fazura atas bantuan yang dihulurkan dan semoga murah rezeki. Antara contoh yang baik kepada masyarakat.