Anna Jobling baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan bergaduh dengan ibunya, yang berakhir dengan tindakan memfailkan injuksi mahkamah pada Disember tahun lalu untuk menghalang ibunya mendekatinya dalam jarak 100 meter.
Anna mendakwa dirinya terseksa secara mental akibat dipukul oleh ibu kandungnya, yang dipercayai dilakukan atas tujuan pengajaran.
Namun, tindakannya ini mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan netizen. Ramai yang mengecam Anna dan menganggap bahawa tidak sepatutnya dia memperlakukan ibunya sedemikian.
Netizen berpendapat bahawa hubungan ibu-anak sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat, dan tindakan Anna untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ibunya dianggap terlalu drastik.
Pun begitu, ramai yang turut menyebelahi Anna dan mengatakan bahawa ‘ibu toksik’ itu wujud dalam masyarakat dan tak sepatutnya kita mendengar dari sebelah pihak sahaja.