Pelakon Nad Zainal mendedahkan bahawa dia tidak akan memandu kereta lagi sepanjang hidupnya.
Bukan kerana tidak memiliki lesen memandu, tetapi ujar Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia mengalami mimpi ngeri apabila pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kenangan pahit itu dikongsi pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Kata Nad, sebelum ini dia berasa sangat yakin untuk memandu sendiri.
Masa ini baru beli kereta, 2014 tak silap, masih lagi berkeyakinan bawa kereta, siap boleh makan ice cream jagung sambil memandu, hebat betul! Dari Ampang-Kuala Selangot tiap pagi drive seorang diri ke set drama Antidot.
Jelasnya lagi, dia terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika dalam perjalanan ke Anugerah Lawak Warna dan semenjak daripada peristiwa itu, dia berasa serik untuk memandu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Nad Zainal merupakan bekas pelajar Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 2008 ketika usianya baru 18 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.