Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin telah mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan jantina anak mereka yang bakal hadir sama ada lelaki atau perempuan sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu umum mengenai perkara itu melalui Instastory yang dikongsi semula daripada pengurusnya, Iman Tang.
Dia yang ketika itu ditemui wartawan ketika perbicaraan kes yang dimenanginya baru -baru ini meminta orang ramai untuk tidak perlu berteka-teki mengenai jantina zuriat yang bakal lahir nanti. Fazura hanya meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dia dan bayinya dalam keadaan sihat dan selamat.
“Tak perlu teka bayi lelaki atau perempuan okey semua? Kami sebagai bakal menjadi ibu bapa pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga bayi lahir. Mohon doakan bayi sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami, sayang semua,”
Terdahulu, Fazura telah didapati tidak bersalah di atas pertuduhan melanggar kontrak dalam mempromosikan sebuah produk kecantikan dan kesihatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.